Sunday, October 3, 2010

CUP CAKES




Trend bukan saja mempengaruhi fesyen berpakaian. Tetapi trend juga mempengaruhi stail persembahan dalam masakan. Lihat saja, impak stail reka tampak kek sebagai contoh. Ia menggamit sesiapa saja yang melihatnya.



Ia bukan saja tampak menarik, lazat, 'fun' & berwarna-warni, tapi ia sedap dijadikan juadah ringan atau pencuci mulut. Kanak-kanak terutamanya, pasti teruja dengan kepelbagaian warna yang pasti membangkitkan selera, baik kepada yang muda maupun yang tua!



Kini dengan TEPUNG KEK SEGERA KELUARAN 'SEMENDA RASA'- tak mustahil untuk sesiapa pun, menyediakan juadah yang 'cute' lagi menyelerakan ini. Anda hanya perlu bermodalkan kurang dari RM$10- bagi mendapatkan sebungkus tepung kek segera- yang apabila siap dibakar akan menghasilkan Kek lazat seberat hampir 1 kilo. Bayangkan jika anda menggunakan kreativiti semulajadi atau dari majalah, maupun, laman sesawang- tak mustahil anda juga mampu menghasilkan CUP CAKES- sehebat gambar-gambar hiasan ini.



Di Kuala Lumpur sahaja- Cup Cakes ini, kini menjadi kegilaan seperti mana yang berlaku kepada donut-donut kreatif yang mendominasi pasaran 'bakery' hingga hari ini.



Kami di SEMENDA RASA- menjanjikan harga terendah, di samping menjamin mutu citarasa produk kami agar tidak mengecewakan anda. Buatlah tempahan anda sekarang sama ada melalui laman blog ini, Facebook, SMS, atau berhubung terus dengan talian telefon yang tertera di atas.



Jadikan TEPUNG KEK SEGERA- 'SEMENDA RASA'- sebagai 'based' cup cakes anda. Jadilah chef yang bukan saja kreatif, tetapi bijak berjimat, & membahagikan masa sebaiknya. Hasilnya pasti membuatkan anda TERSENYUM!

TERIMA KASIH.

- Posted using BlogPress from my iPod 3GS

Wednesday, September 22, 2010

INTRODUKSI: SEMENDA RASA

Semenda Rasa adalah syarikat kecil bumiputra yang diasaskan oleh ibunda tercinta Puan. Che Rusni Bt. Jaafar. Ia adalah hasil usaha beliau, yang mula berkecimpung dalam bidang penghasilan Kek Segera secara 'home-made'. Keistemewaan sebenar resepi adunan kek-kek ini terletak kepada resepi istemewa yang dicipta sendiri oleh pengasasnya yang telah berkecimpung dalam bahagian masakan sepanjang kariernya.

Tempat pemprosesan & pembungkusan serta belian lansung ini terletak di:-

NO.103-A,JLN GUNUNG PULAI 9,
TAMAN PULAI FASA 2,TANDOP
05400,ALOR SETAR,KEDAH.

TELEFON : 04-7724868
MOBILE :012-5774792

Semenda Rasa menyediakan kepelbagaian, variasi pilihan kek-kek segera yang terdiri dari seleksi seperti:-

  • Kek Cokelat 'Moist'*Best selling!
  • Kek Strawberi 'Moist'
  • Kek Pandan 'Moist'
  • Kek Oren
  • Kek Pisang
  • Kek Marble
  • Kek Kurma
  • Kek Buah *Best selling
Segala tempahan dibuat melalui nombor-nombor yang tertera. Penghantaran tempahan juga boleh dihantar melalui perkhidmatan Pos, kurier, atau KTM. Jumlah kuatiti minimun boleh dirujuk melalui talian di atas atau melalui blog ini & juga laman sesawang Facebook.

Semenda Rasa kini secara kasarnya mempunyai lebih kurang 500 pengedar tetap dari sekitar tanahair. bilangan pembeli personal juga kian bertambah dari tahun, ke setahun. Impak industri kecil ini sememangnya mampu menjana kuasa individu yang ingin memcari peluang, untuk menambahkan pendapatan keluarga secara 'part-time', disyorkan, malah dialukan untuk berlanggan bersama kami.

Terima Kasih

SEMENDA RASA- WE LOVES CAKES